Wanita lebih kerap terkena penyakit kencing kotor kerana saluran uretranya yang pendek berbanding lelaki. Kuman daripada luar mudah masuk melalui uretra dan pundi kencing seterusnya berkembang biak sehingga merebak ke ginjal melalui ureter.
Wanita hamil berisiko mengalami penyakit kencing kotor kerana:
Paras hormon tertentu yang agak tinggi untuk memberi laluan kepada pembesaran bayi, menyebabkan kekuatan otot & pundi kencing menjadi lemah dan menganggu kelancaran air kencing keluar
Saiz rahim yang semakin membesar akan menekan uretra dan menyebabkan pengeluaran air kencing tersekat
Air kencing wanita hamil juga lebih berasid dan mempunyai gula, yang menggalakkan pembiakan kuman.
Wanita hamil yang mengalami kencing kotor perlu diberi rawatan segera, kerana ini akan membahayakan nyawa diri dan kandungan.
Simptom Kencing Kotor
Setiap wanita mengalami simptom berbeza. Antaranya ialah:
Rasa pedih dan terbakar di alat sulit ketika membuang air kecil
Kencing tidak lawas
Kontraksi yang abnormal seakan-akan senggugut (terutamanya ketika hamil)
Bagaimana mengelakkan Penyakit Kencing Kotor?
Larutkan 1 sudu baking soda dalam air dan minum 6 jam sekali. Air barli dan air jus cranberry juga dikatakan boleh membantu.
Jika anda hamil dan mengalami simptom di atas, rawatan antibiotik perlu diambil segera
Minum air dengan banyak, sekurang-kurangnya 6-8 gelas (250ml) sehariBuang air dan cuci alat sulit sebelum dan selepas melakukan aktiviti seksGunakan pakaian dalaman daripada fabrik kapas dan jaga kebersihan pakaian dalaman. Jika menggunakan pelapik wanita, tukar dengan kerap.Kurangkan minum air berkafein untuk elakkan dehidrasi @ pengeluaran air berlebihan daripada badan kerana sifatnya yang diuretik. Juga kurangkan makanan yang manis.Ambil supplemen seperti Vitamin C, zinc atau beta carotene untuk tingkatkan imun tubuh bagi melawan penyakit. Tetapi jika anda hamil, memadai dengan Vita C sahaja.
No comments:
Post a Comment