Monday, April 13, 2015

Apa itu tekanan darah rendah?

Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah suatu keadaan di mana tekanan darah adalah lebih rendah daripada tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan ia menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan rangsangan di dalam salur darah.

Antara punca tekanan darah rendah adalah :

darah rendah ketika hamil

Kehamilan juga boleh menyebabkan tekanan darah rendah

Berlakunya kekurangan volum darah (cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal).

Dehidrasi (yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit).

Masalah jantung (denyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat dan keadaan otot yang lemah).

Kehamilan : Tekanan darah rendah ini sering terjadi kepada wanita-wanita hamil kerana hormon kehamilan iaitu progesteron merehatkan dinding salur darah dan menyebabkan tekanan darah menurun dan tekanan darah biasanya kembali normal selepas bersalin.

Mengalami alahan yang teruk.

Selain itu, darah rendah adalah berpunca daripada pelbagai penyakit yang telah sedia ada seperti penyakit jantung koronari, lemah jantung, gangguan rentak jantung, masalah injap jantung, penyakit buah pinggang, kencing manis yang tidak terkawal, paras gula rendah, penyakit berkaitan sistem endokrin seperti penyakit adrenal dan tiroid, serta kesan sampingan daripada ubat-ubatan yang diambil selain daripada faktor genetik.

Hubungi:

Yana (SID 1108826)
0177744323 (whatsapp)

No comments:

Post a Comment