Kelebihan Vitamin C Sustained Release Shaklee berbanding vitamin c jenis lain di pasaran
Vitamin C dari jenis vitamin larut air ini sebenarnya mempunyai pelbagai fungsi lain selain dari memastikan kulit cantik. Antara kepentingannya;
Bertindak sebagai barisan pertahanan sel tubuh untuk memerangi radikal bebas yang menyerang sel-sel badan (dalam air)
Vitamin E menjadi barisan hadapan untuk radikal bebas yang menyerang dalam lemak. Radikal bebas ini didapati daripada asap rokok, asap kenderaan, asap dari persekitaran -- bayangkan betapa banyaknya musuh sel kita hari ini!
Meningkatkan tindakbalas imun. -- orang yang selalu rasa nak demam, sebaiknya meningkatkan pengambilan Vitamin C sama ada dari makanan atau supplemen.
Membantu mengurangkan hormon tekanan. Orang-orang yang banyak masalah, susah tidur, risau perlu memeriksa kembali diet harian. Adakah nutrien yang diperlukan tubuh dipenuhi dengan baik. Sekiranya selalu rasa tertekan, maka keperluan vitamin C juga meningkat.
Membantu masalah anemia. Anemia atau kekurangan darah (low hb) sering berlaku pada ibu mengandung yang boleh mengancam nyawa ibu dan kandungan. Vitamin C sebenarnya membantu penyerapan zat besi yang menjadi asas kepada pembentukan darah yang sempurna dan sihat. Kegagalan untuk menyerap zat besi dari makanan/supplemen akan menyebabkan anemia. Jadi, pastikan anda mengambil vitamin C secukupnya sekiranya mempunyai masalah ini.
Membantu penyembuhan luka. Vitamin C (dan vitamin lain) berfungsi sebagai pasukan penyelamat yang saling membantu untuk memastikan tubuh sentiasa dalam keadaan baik. Kekurangan salah satu nutrien akan menyebabkan ketidakseimbangan dalam badan lalu menjadikan tubuh kurang efektif.
Membantu meredakan demam/selsema.
Paling penting untuk wanita, vitamin C menjadi asas kolagen yang bertindak sebagai 'gam' untuk memegang sel-sel bersama. Bayangkan, kulit yang kendur kembali tegang setelah sel-sel ini bersatu dan tinggal berkelompok. Supaya mereka kekal berkelompok, marilah makan vitamin C banyak-banyak. hehehe.
Memandangkan betapa besarnya pengaruh dan kepentingan vitamin C, mari pilih vitamin C yang terbaik untuk kita.
Pilihan saya?
Vitamin C Sustained Release dari Shaklee. Lengkap dengan Bioflavonoid complex untuk serapan dan keberkesan optimum!
Kelebihan Vitamin C sustained release ini adalah:
Formula Sustained release (Formula mengikut pelepasan masa):
Setiap tablet mengandungi 500mg vitamin C, sesuai dengan RDA yang dicadangkan untuk keperluan harian. Namun, oleh kerana vitamin C mudah termusnah dan juga perlu sentiasa diambil dari semasa ke semasa, formula mengikut pelepasan masa ini amat berguna.
Setiap jam, 100mg vitamin akan dilepaskan dan digunakan oleh badan. Jadi, vitamin C ini mampu kekal dan beraktiviti dalam badan selama 5 jam. Sekiranya kesan segera diperlukan, contohnya kalau dah rasa hampir-hampir nak demam tapi nak elak demam, cepat-cepat telan vitamin C yang dipatah dua.
Rasionalnya, supaya kesemua 500mg dilepaskan serentak.
Mengandungi Bioflavonoid complex:
Ekstrak tumbuhan yang memberi warna pada tumbuhan dan juga bertindak sebagai antioksidan.
Bioflavonoid melindungi vitamin C dari teroksida dalam badan jadi vitamin C akan kekal lebih lama dan berfungsi dengan efektif. Lebih nilai untuk wang anda.
Selain berperanan sebagai antioksida, ia turut membantu mengekalkan kesihatan tubuh dengan menjadi agen anti-mutan, anti karsinogen, DAN anti penuaan.
Murah! Pendek kata berbaloi untuk nilai wang anda!!!
Setiap botol Vitamin C Sustained released mengandungi 180 tablet. Untuk kegunaan 6 bulan dengan kos sehari serendah 50sen! Dengan kelebihan yang ada, ia memang nilai yang berbaloi untuk dilaburkan.
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1108826. Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee anda!!
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya:
Pengedar Sah Shaklee
Yana
SID No : 1108826
Contact No : 017-7744323
Email : fiezyana84@yahoo.com
Blog: http://lamanshakli.blogspot.com
Fb: Aireen Rayyan
COD area Setia Alam
Postage ke Seluruh Malaysia
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
No comments:
Post a Comment