Anda rasa anda sihat dan tidak mempunyai masalah diabetes. Tapi awas, kebanyakan diabetes melitus hadir tanpa kita sedari dari awal. Sebenarnya terdapat tanda-tanda awal diabetes sebelum kita disahkan menghidapi diabetes iaitu:
Tanda-Tanda Awal Diabetes:
Kerap berasa dahaga
Kerap membuang air kecil terutamanya ditengah malam
Mempunyai penglihatan yang kabur
Keletihan melampau tanpa sebab yang diketahui
Berat badan berlebihan
Kerap berasa lapar
Kerengsaan kulit
Selalunya pesakit diabetes kurang peka dengan mengaitkan tanda-tanda awal sebegini dengan penyakit diabetes. Kebanyakkan mereka menyedari mereka menghidapi penyakit diabetes melitus apabila mereka merujukkan masalah berikut kepada doktor.
Tanda-Tanda Diabetes:
Menghadapi masalah jangkitan seperti:-
Kulit
Gusi
Jangkitan pundi kencing
Penglihatan yang semakin kabur
Luka lambat sembuh
Parut luka berwarna kehitam-hitaman
Rasa kebas di tangan atau kaki
Tekanan darah tinggi mula hadir
Air kencing mengandungi KETON (hasil sampingan kerosakan otot dan lemak terjadi apabila kandungan insulin dalam badan tidak mencukupi)
Punca-Punca Diabetes Melitus:
Kita harus mengambil berat tanda-tanda diabetes ini supaya kita boleh mengenalpasti masalah kesihatan yang berlaku bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga ahli-ahli keluarga yang lain. Diabetes melitus boleh dihidapi oleh kanak-kanak dan remaja juga walaupun penyumbang terbesar statistik negara daripada 1.2 juta orang penghidap diabetes melitus adalah golongan berusia 30-an dan ke atas.
Penyakit diabetes adalah satu keadaan di mana tubuh tidak menghasilkan jumlah hormon insulin yang cukup untuk menukarkan gula, kanji dan makanan lain menjadi tenaga seharian. Walaupun kita mengetahui tanda-tanda diabetes, namun punca diabetes masih lagi tidak diketahui oleh pakar dan saintis. Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan penyakit diabetes iaitu:
1. Tubuh tidak menghasilkan sebarang insulin. Pesakit perlu mengambil suntikan insulin setiap hari.
2. Tubuh tidak lagi menghasilkan paras insulin yang cukup ataupun tidak menggunakan insulin dengan betul seperti biasa
TANDA-TANDA DIABETES
Tanda-Tanda Orang Yang Berisiko Mendapat Diabetes
Adik beradik kepada pesakit diabetes
Anak-anak kepada ibu bapa yang mempunyai masalah diabetes melitus
Individu yang mempunyai masalah diabetes dalam sejarah keluarga
Individu obesiti cenderung untuk mendapat diabetes
Individu yang tindak bersenam
Wanita yang melahirkan anak dengan berat, lebih 9 paun
Pencegahan Diabetes Melitus:
Lakukan langkah-langkah pencegahan diabetes melitus untuk mendapatkan tahap kesihatan yang baik demi orang tersayang. Antara langkah-langkah sihat bagi pencegahan diabetes melitus:
PEMAKANAN SIHAT
Amalkan pemakanan seimbang dan sihat serta mengikut keperluan umur
BERSENAM
Kerapkan bersenam 3 kali seminggu dengan 20 minit bagi setiap sesi dan bertambah menyeronokkan bersenam bersama keluarga
PENJAGAAN KESIHATAN
Lakukan pemeriksaan doktor apabila anda mengalami tanda-tanda diabetes
SUPPLEMENT
Ambil supplement sebagai makanan tambahan selain makanan harian untuk menyokong keperluan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi dengan baik.
TIDUR & REHAT SECUKUPNYA
Tidak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya juga penyebab hadirnya penyakit diabetes dalam tubuh.
Supplement Yang Boleh Diambil Oleh Pesakit Diabetes
Vitamin Asas Bagi Pesakit Diabetes
♥B-Complex ♥
Menukarkan gula kepada tenaga dan membebaskan tenaga
♥Vita-Lea♥
Mengandungi imbangan vitamin dan mineral yang lengkap
♥Sustaines Release Vita-C 500mg ♥
Mengukuhkan kapilari dan salur darah
♥Zinc Complex♥
Membantu tubuh menghasilkan insulin dan pemulihan luka dengan cepat.
Vitamin Tambahan Bagi Pesakit Diabetes
♥Alfalfa Complex♥
Membantu stabilkan gula dalam darah
♥Carotomax♥
Menghalang penglihatan kabur
♥GLA Complex♥
Beri kesan positif pada Diabetic neuopathy
♥Vivix♥
Merendahkan kolestrol, tekanan darah, mengurangkan diabetes dan berat badan, anti-penuaan
♥Ostematrix (Kalsium & Magnesium)♥
Mengurangkan masalah diabetes dan osteoporosis
⚡ Larangan Pengambilan Vitamin Untuk Penyakit Diabetes
1. Alfalfa Complex tidak disarankan diambil bersama Vita-Lea dan Vita-E kerana boleh mengganggu penyerapan vitamin E
2. Ostematrix tidak boleh diambil bersama Vita-lea kerana zat besi dalam Vita-Lea mengganggu penyerapan kalsium.
Jangan biarkan tanda-tanda diabetes berlarutan, dapatkan pemeriksaan doktor dan nikmati kehidupan yang lebih sihat dan pemakanan yang sihat. Rawatan awal dapat mengurangkan gelaja penyakit diabetes yang lebih teruk sehingga memerlukan suntikan setiap hari dan luka-luka lambat sembuh sehingga menyebabkkan anggota tubuh perlu dipotong untuk menyelamatkan nyawa anda atau ahli keluarga yang mempunyai masalah diabetes. Jagalah kesihatan diri demi orang-orang tersayang.
Perunding Vitamin Anda
Yana
Shaklee Independent Distributor (SID) No : 1108826
Contact No : 017-7744323
Email : fiezyana84@yahoo.com
Blog: http://lamanshakli.blogspot.com
Fb: Aireen Rayyan
COD area Setia Alam
Postage ke Seluruh Malaysia
Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan SID 1108826 untuk dapatkan supplement anda
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.